Hari ini cukup seminggu kita berada di tahun baru 2011. Saya kira kita memasuki tahun 2011 dengan suatu langkah bergaya yang memungkinkan suatu cabaran baru menanti kita. Tujuh hari lepas, 2011 meninggalkan kita dengan pelbagai peristiwa dan kenangan yang menyemat di hati. Sesungguhnya tahun-tahun yang dilalui mendewasakan kita dan detik-detik dilalui dengan suatu pengisian waktu bererti merupakan pengalaman istimewa untuk dihargai.
Bagi saya ada dua tahun pembaharuan. Pertama, tirai 1432 Hijrah sudah terbuka dan kini kita berada di atas landasannya. Permulaan hijrah mencerminkan kita agar siap siaga untuk berubah dari nilai negatif kepada perkara positif. Kemudian, tabir 2011 sudah tersingkap luas, suatu gambaran bahawa kita semakin dewasa dan bagaimana kita memaknai kehidupan berbaki di muka bumi untuk berdedikasi, berbakti dan berbudi sebagai khalifahNya. Saya yakin di luar sana terdapat mereka memperbaharui tekad dengan matlamat masing-masing. Masing-masing cuba + ingin menempa sebanyak mungkin K.E.J.A.Y.A.A.N. yang mengukir suatu pencapaian berbisa berbanding di tahun-tahun sebelumnya.
Entri blog kali ini, sengaja saya masukkan sebuah diari penceritaan buku saya untuk tahun 2010. Ya, musim 2010 sudah berlalu, maka saya kongsikan sedikit coretan mengenai pengkoleksian buku saya pada tahun tersebut. Kalau tahun lepas saya menceritakan pengkoleksian buku-buku terbaik saya tahun 2009, maka kali ini saya menyenarai pendek buku-buku berunsur agama terbaik yang pernah dibaca pada tahun 2010. Dari puluhan buku-buku yang dibeli tahun lepas, buku-buku agama banyak mendominasi di rak. Buku bergenre agama dengan cabangnya politik, hukum, syariah, sirah, soal-jawab, biografi, peradaban mewarnai siri pembacaan saya di mana-mana selain daripada pembacaan beberapa judul bukan-fiksyen lain.
5 buah buku agama terbaik dengan rating tinggi dari pengamatan dan pembacaan saya tahun 2010:
Muhammad SAW, Jejak Junjungan Mulia
oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat
September 2009, Kemilau Publika
__________________________________________________________
Hajar Al-Misriyah Ibu Bangsa Arab
oleh Abdul Hamid Jaudah Al-Sahhar, Terjemahan Safiah Abd. Razak
1991, Dewan Bahasa dan Pustaka
__________________________________________________________
Sejarah dan Keagungan Mazhab Syafi'i
oleh K.H. Sirajuddin Abbas
1979, Pustaka Aman Press
__________________________________________________________
Melaka Pusat Penyebaran Islam Di Nusantara
oleh Mohd Jamil Mukmin
2004, Institut Kajian Sejarah Dan Patriotisme Malaysia (IKSEP)
__________________________________________________________
Quranic Law of Attraction
oleh Rusdin S. Rauf
2009, PTS Millennia
Bagi kategori majalah berunsur Islam, Muslim Milenia (terbitan MMP Communications) tetap merupakan bahan bacaan kesukaan saya. Apa yang membuat saya suka pada kandungannya adalah kerana kupasannya bernas, bersifat semasa, berpandangan global dan kewartawanan yang bebas.
Kepadatan ilmiah dalam Majalah Muslim Milenia
Pustaka Muda, antara kedai buku popular
di Jalan Maxwell, Ipoh yang dikunjungi
untuk buku-buku agamanya
di Jalan Maxwell, Ipoh yang dikunjungi
untuk buku-buku agamanya
Buku-buku agama sebagai medium pembangun jiwa
Perlambakan buku-buku agama di pasaran merupakan sesuatu positif di negara kita. Ia sebagai medium dakwah bagi menyubur Islam di tanah air ini. Bagi saya, seseorang itu perlu bijaksana memilih buku-buku agama untuk dijadikan bacaan. Buku-buku terbitan lama sebenarnya mempunyai nilai keilmiahan tinggi jika kita pandai memilih. Biarlah buku itu dapat memberi motivasi, pengajaran, panduan dan ilmu yang bermanfaat. Jangan pula buku agama menjumud kita kepada ideologi dan perkara khilaf yang sempit untuk menjadi pegangan. Islam itu agama yang luas lagi sempurna. Islam mengajar kematangan berfikir dan menyuluh kecemerlangan kehidupan. Takrifan Islam begitu luas definisinya. Ia mencakupi perkara ibadah, tauhid, akidah, akhlak peradaban, perundangan dan sebagainya. Bacalah akan kita tentang agama teristimewa ini dalam buku. Saudara/i pasti menemui sesuatu yang indah tentang Islam dan penelusuran ini seterusnya menggilap ilmu dan iman kita, insya-Allah. Selebihnya, jangan segan bertanya kepada guru yang arif!
No comments:
Post a Comment