LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, April 30, 2011

PBAKL , Medan Terbaik Mempelbagaikan Cita Rasa Buku

http://2.bp.blogspot.com/-1QkW1bqD-CA/TbskRURjHFI/AAAAAAAAB5g/kjKPPIU8fvA/s1600/PBAKL.jpg


Saban tahun, sebuah pesta ilmu yang dinamakan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) ditunggui oleh rakyat Malaysia. Kemunculan pesta buku yang terbesar di negara ini dianjurkan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama persatuan-persatuan industri buku utama menghimpun rakyat Malaysia seluruh negara berpesta ilmu di ibu kota. Ketika ini di PWTC, program PBAKL 2011 sedang berlangsung antara 22 April -11 Mei 2011. Ini bermaksud acara yang diadakan selama seminggu ini memberi peluang orang ramai mengunjungi gerai-gerai buku yang disediakan di sini.

Sebenarnya acara PBAKL yang diadakan merumuskan suatu kaedah di mana para penerbit masing-masing mempamerkan buku-buku dari pelbagai judul dan pengunjung membuat pilihan buku apa yang akan dibeli nanti. Mengikut laman web PBAKL, terdapat 697 ruang gerai buku disediakan kali ini. Jumlah  gerai ini sudah tentu menyajikan pelbagai koleksi ilmu untuk diketengahkan kepada para pembaca.

Jika terdapat pengunjung tercari-cari buku-buku untuk dibawa pulang, PBAKL merupakan medan terbaik bagi melengkap cita rasa para pencinta buku. Ini kerana PBAKL menyaji karya-karya dari penerbit tempatan dan luar negara dengan koleksi terbitan buku, majalah, novel, kompilasi penulis, edisi mahupun siri penulisan dalam pelbagai tajuk.  2 tahun lepas, saya mendapat sebuah buku berjudul Melaka - Pusat Penyebaran Islam di Nusantara. Buku tersebut sebenarnya diterbitkan oleh IKSEP Melaka. Namun, saya bernasib baik mendapatkan ia di PBAKL tersebut.

Setiap kali sesebuah pesta buku itu berlangsung, ia disusuli dengan potongan harga dan promosi menarik. Bagi mahasiswa/para pelajar universiti/sekolah, inilah masa yang bagus untuk mendapat buku-buku bersifat ilmiah dan kajian penyelidikan. Bagi ibu bapa pula, saat ini masa yang sesuai membawa anak-anak kesayangan ke pesta ilmu rakyat tersebut. Kategori dan genre buku-buku yang dipamerkan sebenarnya memberi ruang kepada pengunjung membuat pilihan sesuai untuk ditatap dan dibaca. Ini kerana pengunjung bebas menelusuri buku dari satu gerai ke gerai lain di PBAKL.

Seandainya buku-buku yang dicari dilihat tiada, para pengunjung sebenarnya boleh berunding dengan syarikat buku di gerai pesta ini.  Buku-buku yang  tiada, sukar dicari atau kehabisan stok ketika PBAKL berlangsung, penerbit biasanya memberi nasihat seperti menyediakan katalog, khidmat pesanan penghantaran atau memberi alamat syarikatnya. Syarikat buku atau penerbit tentunya membantu pelanggannya mendapatkan yang terbaik.

PBAKL diadakan ketika minggu terakhir pada bulan ini. Masa ini dikatakan saat terbaik di mana rata-ratanya rakyat Malaysia mendapat gaji bulanannya. Kuasa beli rakyat bertambah di waktu ini dan jika ada wang yang lebih apa salahnya berbelanja untuk ilmu. Tepuk dada tanya selera... pilihlah apa yang ingin dipilih... dan bacalah apa yang ingin dibaca.

3 comments:

Afida Anuar said...

Tuan pergi ke sana?

Itu la... rasa macam nak sambar semua buku masa pi sana minggu lepas.. tapi, kena bajet pasai gaji tak masuk lagi:(.. hu hu..

nak pi minggu ni pulak dah kat kampung. kirim salam je la.. heh!..

buku2 dapat dibeli dengan diskaun yang banyak kat sana. Tu yang best...;)

IMANSHAH said...

saya tak sempat lagi tahun ni..tahun lepas sempat

DAMAI SURIA said...

Afida : Bila tengok promosi PBAKL, memang teruja. Tambahan pula banyak buku baru muncul. Saya pulak tahun ni nampak gayanya tak berkesempatan nak turun KL.

Sdr Imanshah: Saya pun begitu. Mungkin di pesta buku akan datang boleh pergi lagi.

  © Powered by Blogger Theme ProBlogger, by Ourblogtemplates.com 2008

DAMAI SURIA