LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, June 13, 2011

Dari Novelhut ke Novellar

Di Ipoh, kedai-kedai bukunya memang berlambak. Sama ada di bangunan kedai atau lot-lot dalam pasar raya, buku-bukunya terdiri dari pelbagai kategori dan jenis. Ada pun buku terpakai (second-hand books) yang dijual semula, ia merupakan sesuatu berharga jika kandungannya menarik pembacanya. Buku terpakai kebiasaannya murah dan buku terpakai tidak semestinya terbitan yang lama-lama. Ia boleh jadi buku terbitan terbaru tetapi dijual semula oleh pihak kedua (kedai buku) sebelum dibeli oleh pihak ketiga (pelanggan).

http://3.bp.blogspot.com/-a0O1akhgVKc/TfjPTO805OI/AAAAAAAAB7Y/yvJRNQ1gGRo/s1600/novelhut1.jpg

http://4.bp.blogspot.com/-qc7CpncWSWo/TfjPROdsWaI/AAAAAAAAB7U/hdhq45-qx04/s1600/novelhut.jpg

Bagi kedai-kedai buku terpakai mengikut kajian saya di Ipoh, ia tidak begitu banyak di bandar ini kecuali kedai-kedai buku terpakai Cina di beberapa tempat. Seperti dimaklumi pada pos blog saya yang lepas, Novelhut telah menjadi 'branded' sebagai kedai buku terpakai di Ipoh sejak 1990-an lagi. Pada dua hari yang lalu sahaja, saya memperuntukkan 25 ringgit untuk mendapatkan beberapa buah buku di Novelhut. Antara buku yang saya dapatkan di Novelhut kali ini seperti  Britannica Book of The Year (1989); Arafat: Pengganas atau Pendamai (1990); Kritikan Sastera Moden: Teori dan Pendekatan (1998) dan Men are from Mars, Women are from Venus (1998).

Beberapa hari lepas saya mendapat tahu dari rakan saya, Syihan bahawa terdapat sebuah lagi kedai buku terpakai di Silibin. Namanya Novellar. Maka, Ahad semalam kami memutus ke sana. Di Novellar, pelbagai kategori buku, majalah, novel dan komik boleh didapati di sini. Buku meja kopi juga banyak terdapat di sini. Selain menyaji jualan buku, para pembaca juga boleh menyewa di Novellar dengan menjadi ahli.

http://3.bp.blogspot.com/-0FlNPXpikwA/TfjVhcxSNsI/AAAAAAAAB7c/K1k1GpfNqqU/s1600/novellar.jpg

http://4.bp.blogspot.com/-1xEtiupQeFk/TfjVlnYoh8I/AAAAAAAAB7g/zQdjlrYStaY/s1600/novellar1.jpg

http://1.bp.blogspot.com/-ymEXyB5G020/TfjVpqVsj_I/AAAAAAAAB7k/97t1qnf7POQ/s1600/novellar2.jpg http://1.bp.blogspot.com/-dhuWg59FoIw/TfjVupxYyaI/AAAAAAAAB7o/xLG9oTCDOr4/s1600/novellar3.jpg

Hampir setengah jam di sini membelek-belek buku, akhirnya saya membawa pulang 8 buah buku berjumlah 28 ringgit dengan judul Jurnal IIUM Vol. 10, No. 2 (2002); Afghanistan Under Soviet Domination 1964-83 (1984); The Idea of India (1997); Aung San Suu Kyi: Letters from Burma (1997); Politik Ekonomi Indonesia Baru (2000); Petronas Siberia 2002: Experience the Expedition (2003); Pepatah-Petitih Jilid 1 (1989) dan Pepatah Petitih Jilid 2 (1989)

Bagi pengunjung yang ingin ke Novellar, lokasinya boleh diakses di Taman Alkaff, (di belakang Billion) Silibin, Ipoh pada aras dua.

http://3.bp.blogspot.com/-9Ky-KuRhw4U/TfjV2wxSljI/AAAAAAAAB7s/NFKt4S7j2CQ/s1600/novellar4.jpg

8 comments:

Afida Anuar said...

Oooo..first time dengar novellar..novelhut ni. InsyaAllah nanti kalau pi Ipoh boleh la singgah;)

yang saya biasa kat sini MPH,Popular,Kinokuniya je^_^

DAMAI SURIA said...

Novellar seumpama nama perempuan. Jika di barat Novellar merupakan penyanyi wanita. Jika di Ipoh Novellar merupakan sebuah kedai buku :) Kalau ke Ipoh, dipersilakan Afida utk singgah kedai-kedai ilmu yg ada di sini.

Izu Izureen said...

sini ada jual buku teks terpakai form 3 tk?

DAMAI SURIA said...

Di Novelhut (Ipoh Parade) buku teks + latihan terpakai ada juga. Di Novellar, tidak pasti pula. Kedainya sekarang kejap buka, kejap tutup.

FAIZAL HJ. ZAINAL said...

Assalamualaikum,saya berminat nak beli pepatah petitih Pak Sako

FAIZAL HJ. ZAINAL said...

Assalamualaikum,saya berminat nak beli pepatah petitih Pak Sako

Iqaa Hamdan said...

Boleh ka kalau kita nak jual novel or komik kat sana ? Yang dha pakai . Tapi masih elok

rockerdile rockerdile said...

Novellar tu masih in business ke?

  © Powered by Blogger Theme ProBlogger, by Ourblogtemplates.com 2008

DAMAI SURIA