LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, June 26, 2011

Pepatah Petitih Pak Sako






Judul:  Pepatah Petitih Jilid 1
Penulis:  Pak Sako
Penerbit:  Creative Enterprise
Tahun Terbitan:  1989
Halaman: 283
ISBN:  967-9987-33-7






Judul:  Pepatah Petitih Jilid 2
Penulis:  Pak Sako
Penerbit:  Creative Enterprise
Tahun Terbitan:  1989
Halaman: 287
ISBN:  967-9977-34-5







Pepatah Petitih merupakan karya pojok Pak Sako yang pernah mengisi ruangan di sebuah majalah humor di tanah air suatu ketika dahulu. Majalah humor yang dikenali dengan nama Gila-Gila adalah majalah jenaka yang pernah popular dalam masyarakat pada sekitar 1980an. Tatkala kesunyian, majalah Gila-Gila dijadikan instrumen sajian santai bagi meringankan minda dengan bahan lawak kepada para pembaca.

Pepatah Petitih yang diselitkan dalam majalah ini akhirnya dikoleksikan bagi menghimpunkan semula karya Ishak Haji Muhammad (1909-1991) atau nama penanya, Pak Sako dalam memartabatkan pepatah Melayu agar tidak terus hilang ditenggelam zaman. Buku ini diterbitkan Creative Enterprise, sebuah penerbit yang pernah menerbitkan majalah Bambino (1975) dan Murni (1975)[1] . Sehingga hari ini, penerbit tersebut terus giat menerbitkan pelbagai novel dan majalah di pasaran.

Pepatah merupakan bidalan bahasa yang mengandungi nasihat dan perumpamaan. Orang-orang Melayu terdahulu menurunkan pepatah dengan menyandarkan suatu perumpamaan yang diambil oleh persekitaran mereka lalu mengungkapkan realiti perlakuan kehidupan masyarakat. Jika dikiaskan sesuatu yang dialami oleh masyarakat, maka pepatah dijelmakan dengan susunan bahasa hikmah. Apakah saudara bisa mendengar “di tempat tiada helang, kata belalang akulah helang”, “tanam padi tumbuh lalang”, atau tiada rotan akar berguna”. Apakah saudara faham dengan pepatah berbunyi “sudah terang lagi bersuluh”, “meludah ke langit” atau “rumah siap pahat berbunyi”.

Dalam himpunan pepatah petitih yang dinukil oleh Pak Sako, ia tidak hanya memberi maksud ayatnya sahaja, tetapi Pak Sako berjaya mengembangkan kepada jalan cerita dan perumpamaan yang menarik. Penulisannya bersifat spontan, kekadang agak tajam dan menyindir. Unsur-unsur humor juga dimasukkan bagi mengisi bicara pepatah ini. Tujuannya tidak lain agar ia meninggalkan kesan kepada para pembaca. Justeru itu, saya merasakan Pak Sako seorang yang mendidik dan didaktik dalam penulisannya.

Buku Pepatah Petitih ini, umumnya menghimpunkan sebanyak 56 pepatah dalam Jilid 1 dan 68 pepatah dalam Jilid 2.





Nota Kaki
[1]  Majalah Bambino, penerbit asal dipegang oleh syarikat Suarasa pada tahun 1972. Kemudian pada 1975, penerbit majalah tersebut berpindah kepada Creative Enterprise manakala Murni adalah siri majalah komik versi bahasa Melayu pada tahun 1970an. 
Sumber: Hamedi Mohd Adnan. 2003. Penerbitan Majalah di Malaysia: Isu-Isu dan Cabaran. Shah Alam: Karisma Publications.


5 comments:

salmi said...

Assalamu'alaikum..
di mana boleh saya dapatkan buku2 Pak Sako ini? menarik.
memang dah lama terfikir utk memiliki buku seumpama ini. Terima kasih atas respon.

DAMAI SURIA said...

Wa'alaikumussalam wbt. Buku Pepatah-Petitih ni saya dapat di sebuah buku terpakai Novellar, Ipoh. Cuba sdr. Salmi tanyakan di Creative Publication: http://cesb.net.my utk koleksi Pepatah-Petitih ini.

Buku-buku Pak Sako agak sukar untuk dicari kerana disebabkan karyanya lama, penerbit sekarang agak liat untuk menerbit semula.

Kecuali, jika sdr. Salmi bernasib baik mendapatkannya di kedai-kedai buku terpakai dan menelusuri di perpustakaan negara.

salmi said...

terima kasih atas respon :-) insyallah akn sy tanyakan. moga sy bernasib baik.

Kakzakie said...

Tekenang zaman masa kanak-kanak membaca majaln bambino:)

DAMAI SURIA said...

Kakzakie: Saya masa sekolah rendah dulu rajin juga baca Bambino.

  © Powered by Blogger Theme ProBlogger, by Ourblogtemplates.com 2008

DAMAI SURIA