LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, January 20, 2013

Santai di Permulaan Cuti Semester


Jika semalam ke Kuala Perlis bersama rakan-rakan UUM, hari ini pula bersama rakan-rakan Ipoh. Di Kuala Perlis, acaranya makan malam di tepi laut.  Ikan gerut-gerut, kerang bakar, sotong goreng dan mentarang menjadi hidangan untuk menjamu selera. Suasana sejuk kian terasa apabila bayu laut menebar di wajah.

Hari ini di Ipoh, acaranya ke Novelhut, kedai buku terpakai di terletak di bangunan Ipoh Parade. Syihan seperti biasa mencari buku-buku Melayu lama berunsur ilmiah. (Hardly to find) Katanya, dia juga sedang mencari sebuah buku biografi, Sebutir Permata di Menara: Professor Di Raja Ungku Aziz (Aziz Zariza Ahmad, 1982). Naz pula membeli majalah-majalah pertahanan. Bidang pertahanan ialah genre lazim kesukaannya. Bagi saya sudah lama pula tidak ke Novelhut. Di sana saya dapatkan:

Θ Menghayati Budaya Ilmu: Faham Ilmu, Amalan dan Panduan
    (Zaini Ujang, 2009)

Θ Pengantar Pentadbiran Awam: Paradigma Baru
    (Ahmad Atory Hussain, 2001)

Θ Jurnal Pemikir
    (Bil.64, Apr-Jun 2011)

Θ Jurnal Akademika
    (Bil. 73, Mei 2008)

Θ Jurnal Akademika
    (Bil. 74, Dis 2008)




Salam Maulidur Rasul 1434 Hijriah
"Wastiyyah Tonggak Kesatuan Ummah"


 | cetusan Faisal |

No comments:

  © Powered by Blogger Theme ProBlogger, by Ourblogtemplates.com 2008

DAMAI SURIA