Monday, August 12, 2013
Ulasan Buku: Lembah Sintok Mengorak Langkah
Judul: Lembah Sintok Mengorak Wajah
Editor: Azlina Murad Sani
Penerbit: Universiti Utara Malaysia
Tahun Terbitan: 1994
Halaman: 202
Genre: pendidikan | fotografi | sejarah | penempatan
Sintok terletak di hujung utara (9 km dari Changlun) pada waktu yang lalu ialah sebuah kawasan komunis. Ia merupakan tempat Tentera Anti Jepun Rakyat Malaya (MPAJA) bersarang kegiatannya. Tatkala Jepun menyerah kalah pada Ogos 1945, Parti Komunis Malaya (PKM) mengambil kesempatan untuk menakluki beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia. Sintok tidak terkecuali ditawan kerana komunis melihat ia sebagai pekan kecil yang terpencil dengan terdapat hutan tebal di sekelilingnya. Kekejaman komunis tidak dapat dinafikan dan amat digeruni oleh masyarakat setempat pada waktu itu.
Namun dengan kekuatan pihak berkuasa, polis, tentera dan kerajaan Malaysia, kawasan ini dapat dikekang semula dan kembali aman pada tahun 1975. Kerajaan ketika itu dipimpin oleh YAB Dr. Mahathir Mohamad melihat Sintok yang asal kawasan hitam berpotensi sebagai wilayah penyebaran ilmu. Mengapa perlu ditakuti dari sebuah lembah gelap mampu disinergikan kepada sebuah lembah ilmu yang dapat membina masa depan kecemerlangan anak-anak bangsa. Maka idealisme menubuh Universiti Utara Malaysia (UUM) tercetus, IPTA ke-6 ditubuhkan dengan Y.Bhg. Tan Sri Dato' Prof. Dr. Awang Had Salleh sebagai Naib Canselor UUM pertama.
Buku ini menggamit banyak kenangan dengan siri lensa di halaman-halaman yang memperihalkan penubuhan awal sedekad UUM yang bermula di Jitra yang kemudiaannya secara rasmi berpindah di kampus induk Sintok pada 15 September 1990. Kegiatan para pelajar hari itu melalui ranjau becak tanah dan berbatu dalam kehidupan seharian antara asrama kediaman ke kampus/kuliah apabila kerja-kerja pembangunan institusi masih tetap dijalankan. Manakala siswa tatkala itu memakai pakaian yang kemas dan bertali leher sambil berbasikal dilihat bagaikan unik. Hari ini, penerusan pemakaian tali leher dengan seragam yang kemas diteruskan sebagai satu etika dan identiti UUM.
UUM mempunyai 3 buah Kolej Pengajian (setelah dikecilkan daripada 13 buah fakulti) dengan 15 Dewan Penginapan Pelajar (asrama kediaman pelajar). Apa yang istimewa pada UUM berbanding dengan IPTA lain adalah kelazimannya menyediakan perkhidmatan kediaman pelajar yang memboleh penuntut-penuntut kekal menginap dari semester permulaan dengan semester akhir tanpa mengira latar belakang, jurusan dan warganegara. Kelebihan ini suatu yang fleksibiliti bagi kemudahan para pelajar merancang pembelajaran, mobiliti keilmuan dan aktiviti kampus setiap hari. Walaupun Sintok penempatannya terdapat banyak ladang getah tetapi di sebalik pertanian yang diusahakan ini, munculnya sebuah Universiti di bahagian utara tersebut memberi penjenamaan semula Sintok hari ini.
Tatkala penulisan ulasan ini dibuat, saya juga sedang menyediakan diri dengan pengajian UUM di Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa.
| cetusan Faisal |
Labels:
buku,
pendidikan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment