Beberapa buah buku dikutip di Popular Ipoh Parade. Pembelian buku-buku ini perlu dipersempatkan dengan menggunakan BB1M yang masih berbaki RM50 sebelum ia bakal tamat kira-kira 2 minggu lagi. Kali terakhir saya gunakan baucer saya tatkala di Big Bad Wolf Sale Penang Square 2 bulan lepas. Manakala di Popular di masa-masa ini, pembeliannya mencecah RM107. Lebihan bayaran sebanyak RM57 harus dibelanjakan dengan duit poket. Hasilnya 5 buah buku diwajarkan untuk dibawa pulang.
Buku-buku sudah sebati dengan diri saya. Walau apa dan di mana sekalipun, saya tidak dapat mengelak untuk mendapatkannya walau terpaksa berhabiskan duit. Hakikatnya saya perlu cari ruang untuk mengisi masa dengan bacaan supaya buku-buku tidak dilambak begitu sahaja di rumah. Semalam, tatkala di Pasar Mini Manaf (Ipoh Garden), saya mendapatkan beberapa majalah bacaan: Dewan Masyarakat, Dian dan Knowledge. Majalah, nilai santai pengetahuannya sentiasa ada kerana ia bersifat kontemporari yang diperkemaskini dari semasa ke semasa.
pst/..minda perlu disegar dengan hadaman ilmu agar tidak terus saya ketinggalan. Semoga selamat membaca saya nanti!
| cetusan Faisal |
No comments:
Post a Comment