Jam 2.30 petang tadi Dewan Rakyat bersidang mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan isu Palestin di mana tentera Yahudi terus-menerus menyerang Gaza khususnya, negara Palestin amnya. Kurang dari 4 jam ketika artikel ini ditulis dari sekitar 9.00 malam tadi, Menteri Luar Malaysia menggulung perbahasan bagi isu Palestin di Parlimen. Rejim Zionis terlalu angkuh dan ganas terhadap umat Islam di Palestin. Sejak pendudukan Israel di bumi Palestin, rakyat Palestin sehingga kini tidak terbela. Tanah dirampas, rakyat tertindas, wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa menjadi mangsa korban, malah bumi Palestin tidak pernah aman dijajah oleh rejim Zionis yang dibelakang sekutunya Amerika Syarikat. Sejak 27 Disember lalu, tentera Yahudi memasuki Gaza menyerang pejuang Hamas alasannya, tetapi jumlah korban rakyat meningkat setiap hari.
Apa yang kita boleh usaha/bantu ketika ini:
- Mengadakan sidang Parlimen khas bagi membincangkan isu Palestin
- Mendesak PBB memutuskan suatu resolusi yang sesuai dan tindakan gencatan senjata
- Memboikot produk dan perkhidmatan dari Yahudi/AS
- Mengadakan demonstrasi aman tetapi penuh semangat mengutuk rejim Zionis/AS
- Doa dan mengadakan Solat Hajat
- Mengembelengkan peranan OIC sebagai pertubuhan yang padu, utuh dan tuntas
- Melahir satu pasukan tentera pengaman dari negara-negara Islam sedunia
- Memulau matawang dollar US. Telah tiba masanya memperkenal dan menggunakan matawang dinar
- Tidak menjadikan Amerika sebagai rakan dagangan utama Malaysia
- Pengaruh kepimpinan yang berwibawa, cekal, benar dan berani di peringkat antarabangsa
- Mengerakkan kempen kesedaran dan sebaran media mengenai sejarah, perkembangan dan isu-isu melibatkan Palestin melalui jabatan-jabatan, institusi pendidikan, masjid-masjid dan kepada orang awam
- Membantu dari segi kewangan, perubatan, makanan & minuman, kemanusiaan dll. kepada Palestin
No comments:
Post a Comment