Judul : Panduan Khas Piala Dunia Afrika Selatan 2010
Pengarang Urusan : Tony Francis
Pengarang : Hussin Rahman
Terbitan : Berita Harian
Tahun Terbitan : 2010
Genre: sukan
Tempias 'demam bola sepak dunia' tidak terkecuali mengenai saya yang mana selain mengikuti aksi-aksi pemain dunia, musim ini juga saya telah mendapat sebuah majalah pasal bola sepak di lebuh raya kawasan R&R Tapah. Majalah sukan bernama Panduan Khas Piala Dunia Afrika Selatan 2010 diterbitkan oleh Berita Harian. Ia merupakan info bagus dan menarik yang membarisi pelbagai berita dan cerita mengenai World Cup 2010.
Banyak majalah bola sepak beredar di negara ini. Sama ada yang diterbit lokal atau diimport dari luar negara mengetengahkan pelbagai bahasa mendapat tempat di pasar raya, kedai-kedai buku, kiosk serbaneka termasuk di kedai-kedai runcit. Bicaranya tidak lain dan isunya tidak lain semuanya kerana Bola Sepak Piala Dunia 2010 yang berlangsung ketika ini di Afrika Selatan. Jika diperhatikan trend edaran majalah di negara ini, majalah-majalah seperti ini beredar sebelum hangatnya pertandingan bola bermula dan sehingga artikel ini ditulis banyak majalah di samping pelbagai bahan bercetak baru mengenai bola muncul di pasaran.
Dari segi penerbitnya pula, ia terdiri dari editorial berita, pertubuhan bola di samping penerbit-penerbit buku lain mengajak pembaca menjengah info, bintang-bintang bola sepak, dan gambar bewarna-warni di halaman mukanya. Saya jangka ada saja yang majalah baru muncul selepas FIFA World Cup 2010 berakhir yang masing-masing cuba menyampaikan gaya persembahan tersendiri dengan tajuk-tajuk hangat sebagai sajian utama, analisis berita, keputusan perlawanan, pencapaian pemain, strategi jurulatih dan mungkin juga memuatkan cerita suka duka sepanjang pertandingan sukan terbesar di dunia ini diadakan.
Zakumi, maskot 2010
Kandungan majalah sukan Panduan Khas Piala Dunia Afrika Selatan 2010 Berita Harian mungkin boleh terbahagi beberapa segmen tajuk.
Info Afrika Selatan sebagai pasukan tuan rumah
Pertubuhan: Persatuan Bola Sepak Afrika Selatan (SAFA)
Gelaran: Bafana Bafana (pasukan senior); Tsetse-flies (B12); Amajimbos (B17); Amajita (B20); Amaglug-glug (B23)
Presiden: Kirsten Nematandani
Penubuhan: 8 Disember 1991
Keahlian Kongres Gabungan Bola Sepak Afrika Selatan (CAF): 1992
Keahlian (semula) FIFA: Jun 1992
Pencapaian:
Juara Piala Negara-Negara Afrika 1996,
Pusingan Akhir Piala Dunia 1998
Pusingan Akhir Piala 2002
Kelab Orlando Pirates Juara (Piala Juara-Juara Afrika 1995)
Kelab Orlando Pirates Juara (Piala Super Afrika)
Bintang-bintang bola sepak dunia
Kebiasaannya seseorang digelar bintang dalam suatu bidang kerana keistimewaan + kehebatan + kepakaran dalam lapangan yang diceburi. Begitu juga dengan bintang-bintang bola sepak yang namanya menyerlah dengan aksi istimewa membawa bola, mutu persembahan, kehebatan dalam strategi pemainan dan kejayaan mereka meraihkan jaringan gol untuk pasukan mereka. Melalui majalah tersebut, bintang-bintang bola sepak 2010 yang diletakkan adalah seperti berikut:
Cristiano Ronaldo (Portugal)
Lionel Messi (Argentina)
Wayne Rooney (England)
Kaka (Brazil)
Park Ji-Sung (Korea Selatan)
Fernando Torres (Sepanyol)
Steven Gerrard (England)
Francky Ribery (Perancis)
Gianluigi Buffon (Itali)
Didier Drogba (Ivory Coast)
Stadium-stadium Afrika Selatan
Bukan sesuatu mudah untuk menganjur sesuatu temasya sukan di peringkat antarabangsa. Ia melibatkan jumlah kos yang besar, penyediaan prasarana, keupayaan dan potensi sesebuah negara, faktor kestabilan politik serta aspek keselamatan yang perlu diambil kira lebih-lebih lagi Afrika Selatan merupakan negara sedang membangun. Namun kelayakan negara Afrika Selatan sebagai tuan rumah bola sepak dunia 2010 oleh FIFA dilihat sesuatu positif oleh warga negaranya. Dari satu sudut, sukan yang dianjurkan di peringkat dunia merupakan suatu bentuk pelaburan untuk memperkenal nama negaranya di mata dunia dan temasya ini mampu menlonjak pendapatan sesebuah negara melalui pelancongan sukan dan kebudayaan negara Afrika. Persediaan yang rapi diperlukan manakala perancangan tersusun diinisiatifkan sebagai sebuah negara untuk sukan bertaraf dunia yang dihadiri jutaan manusia dari pelbagai negara dan ditontoni bilion penduduk manusia seantero dunia di kaca tv. Umpamanya persediaan 10 stadium untuk acara sukan bola sepak yang akan dipertandingkan. Lima stadium dibina baru dan lima stadium yang sedia ada dinaiktarafkan. 10 Stadium untuk kejohanan sukan bola sepak dunia 2010 adalah Stadium Nelson Mandela Bay, Porth Elizabeth; Stadium Ellis Park, Johannesburg; Stadium Moses Mabhida, Durban; Stadium Mbombela, Nelspruit; Stadium Soccer City, Johannesburg; Stadium Loftus Versfeld, Pretoria; Stadium Free State, Bloemfontein; Stadium Royal Bafokeng, Rustenburg dan Stadium Peter Mokaba, Polokwane.
Stadium Nelson Mandela Bay, Port Elizabeth
Skuad pasukan yang bertanding di Piala Dunia
Pasukan-pasukan negara yang bertanding di Piala Dunia 2010 dibahagikan kepada kumpulan A hingga H. Melalui seksyen ini, majalah sukan ini memperihalkan maklumat negara-negara bagi setiap kumpulan ini, barisan pemain negara, logo pasukan, peta negara, nama jurulatih, jadual perlawanan dan bintang sukan negara. Setiap profil pasukan negara ini mengambil dua halaman muka dengan penyajian gambar, grafik dan rajah dan tak terkecuali gambar-gambar penyokong untuk pasukan negara mereka.
Kumpulan A
Uruguay
Mexico
Afrika Selatan
Perancis
Kumpulan B
Argentina
Korea Selatan
Greece
Nigeria
Kumpulan C
Amerika
England
Slovenia
Algeria
Kumpulan D
German
Ghana
Australia
Serbia
Kumpulan E
Netherlands
Jepun
Denmark
Cameroon
Kumpulan F
Paraguay
Slovakia
New Zealand
Italy
Kumpulan G
Brazil
Portugal
Ivory Coast
Korea Utara
Kumpulan H
Sepanyol
Chile
Switzerland
Honduras
Sejarah kejuaraan bola sepak dunia
Tahun: 1930
Tuan Rumah: Uruguay
Juara: Uruguay (4 - 2) Naib Juara: Argentina
Ke-3: USA Ke-4: Yugoslavia
Tahun: 1934
Tuan Rumah: Itali
Juara: Itali (2 - 1) Naib Juara: Czechoslovakia
Ke-3: Jerman Ke-4: Austria
Tahun: 1938
Tuan Rumah: Perancis
Juara: Itali (4 - 1) Naib Juara: Hungary
Ke-3: Brazil Ke-4: Sweden
Tahun: 1950
Tuan Rumah: Brazil
Juara: Uruguay (2 - 1) Naib Juara: Brazil
Ke-3: Sweden Ke-4: Sepanyol
Tahun: 1954
Tuan Rumah: Switzerland
Juara: Jerman Barat (3 - 2) Naib Juara: Hungary
Ke-3: Austria Ke-4: Uruguay
Tahun: 1958
Tuan Rumah: Sweden
Juara: Brazil (5 - 2) Naib Juara: Sweden
Ke-3: Perancis Ke-4: Jerman Barat
Tahun: 1962
Tuan Rumah: Chile
Juara: Brazil (3 - 1) Naib Juara: Czechoslovakia
Ke-3: Chile Ke-4: Yugoslavia
Tahun: 1966
Tuan Rumah: England
Juara: England (4 - 1) Naib Juara: Jerman Barat
Ke-3: Portugal Ke-4: Soviet Union
Tahun: 1970
Tuan Rumah: Mexico
Juara: Brazil (4 - 1) Naib Juara: Itali
Ke-3: Jerman Barat Ke-4: Uruguay
Tahun: 1974
Tuan Rumah: Jerman Barat
Juara: Jerman Barat (2 - 1) Naib Juara: Belanda
Ke-3: Poland Ke-4: Brazil
Tahun: 1978
Tuan Rumah: Argentina
Juara: Argentina (3 - 1) Naib Juara: Belanda
Ke-3: Brazil Ke-4: Italy
Tahun: 1982
Tuan Rumah: Sepanyol
Juara: Itali (3 - 1) Naib Juara: Jerman Barat
Ke-3: Poland Ke-4: Perancis
Tahun: 1986
Tuan Rumah: Mexico
Juara: Argentina (3 - 2) Naib Juara: Jerman Barat
Ke-3: Perancis Ke-4: Belgium
Tahun: 1990
Tuan Rumah: Itali
Juara: Jerman Barat (1 - 0) Naib Juara: Argentina
Ke-3: Itali Ke-4: England
Tahun: 1994
Tuan Rumah: USA
Juara: Brazil (3 - 2) Naib Juara: Itali
Ke-3: Sweden Ke-4: Bulgaria
Tahun: 1998
Tuan Rumah: Perancis
Juara: Perancis (3 - 0) Naib Juara: Brazil
Ke-3: Croatia Ke-4: Belanda
Tahun: 2002
Tuan Rumah: Korea/Japan
Juara: Brazil (2 - 0) Naib Juara: Jerman
Ke-3: Turki Ke-4: Korea Selatan
Tahun: 2006
Tuan Rumah: Jerman
Juara: Itali (5 - 3) Naib Juara: Perancis
Ke-3: Jerman Ke-4: Portugal
sumber: Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA)
Dua tiga hari yang lepas, pertandingan bola sepak memasuki peringkat separuh akhir yang menyaksikan Belanda lwn. Uruguay (3-2) dan Sepanyol lwn. German (1-0). Kemuncaknya pada 12 Julai 2010, stadium Soccer City, Johannesburg bakal bergegar sekali lagi di mana Sepanyol bertemu Belanda untuk pusingan akhir. Apakah sifir untuk kedua-dua perlawanan itu? Negara mana yang akan jadi juara? Pasukan yang mana yang akan menggengam Piala Dunia untuk musim kali ini? Saya menyokong Sepanyol. Selamat mengikuti perlawanan yang akan berlangsung nanti.
Makan bola. Minum bola. Tidur bola. Mimpi pun bola.
Pautan yang mungkin berkaitan:
2 comments:
Lengkap semua pasal world cup!
eh david villa tak masuk senarai?hehehe..
ehem. Sebenarnya byk lagi nama2 senarai pemain x dimasukkan. masuk sepatutnya. (Go David Villa go! Go 4 La Roja!)
Post a Comment