Sunday, June 26, 2011

Pepatah Petitih Pak Sako






Judul:  Pepatah Petitih Jilid 1
Penulis:  Pak Sako
Penerbit:  Creative Enterprise
Tahun Terbitan:  1989
Halaman: 283
ISBN:  967-9987-33-7






Judul:  Pepatah Petitih Jilid 2
Penulis:  Pak Sako
Penerbit:  Creative Enterprise
Tahun Terbitan:  1989
Halaman: 287
ISBN:  967-9977-34-5







Pepatah Petitih merupakan karya pojok Pak Sako yang pernah mengisi ruangan di sebuah majalah humor di tanah air suatu ketika dahulu. Majalah humor yang dikenali dengan nama Gila-Gila adalah majalah jenaka yang pernah popular dalam masyarakat pada sekitar 1980an. Tatkala kesunyian, majalah Gila-Gila dijadikan instrumen sajian santai bagi meringankan minda dengan bahan lawak kepada para pembaca.

Pepatah Petitih yang diselitkan dalam majalah ini akhirnya dikoleksikan bagi menghimpunkan semula karya Ishak Haji Muhammad (1909-1991) atau nama penanya, Pak Sako dalam memartabatkan pepatah Melayu agar tidak terus hilang ditenggelam zaman. Buku ini diterbitkan Creative Enterprise, sebuah penerbit yang pernah menerbitkan majalah Bambino (1975) dan Murni (1975)[1] . Sehingga hari ini, penerbit tersebut terus giat menerbitkan pelbagai novel dan majalah di pasaran.

Pepatah merupakan bidalan bahasa yang mengandungi nasihat dan perumpamaan. Orang-orang Melayu terdahulu menurunkan pepatah dengan menyandarkan suatu perumpamaan yang diambil oleh persekitaran mereka lalu mengungkapkan realiti perlakuan kehidupan masyarakat. Jika dikiaskan sesuatu yang dialami oleh masyarakat, maka pepatah dijelmakan dengan susunan bahasa hikmah. Apakah saudara bisa mendengar “di tempat tiada helang, kata belalang akulah helang”, “tanam padi tumbuh lalang”, atau tiada rotan akar berguna”. Apakah saudara faham dengan pepatah berbunyi “sudah terang lagi bersuluh”, “meludah ke langit” atau “rumah siap pahat berbunyi”.

Dalam himpunan pepatah petitih yang dinukil oleh Pak Sako, ia tidak hanya memberi maksud ayatnya sahaja, tetapi Pak Sako berjaya mengembangkan kepada jalan cerita dan perumpamaan yang menarik. Penulisannya bersifat spontan, kekadang agak tajam dan menyindir. Unsur-unsur humor juga dimasukkan bagi mengisi bicara pepatah ini. Tujuannya tidak lain agar ia meninggalkan kesan kepada para pembaca. Justeru itu, saya merasakan Pak Sako seorang yang mendidik dan didaktik dalam penulisannya.

Buku Pepatah Petitih ini, umumnya menghimpunkan sebanyak 56 pepatah dalam Jilid 1 dan 68 pepatah dalam Jilid 2.





Nota Kaki
[1]  Majalah Bambino, penerbit asal dipegang oleh syarikat Suarasa pada tahun 1972. Kemudian pada 1975, penerbit majalah tersebut berpindah kepada Creative Enterprise manakala Murni adalah siri majalah komik versi bahasa Melayu pada tahun 1970an. 
Sumber: Hamedi Mohd Adnan. 2003. Penerbitan Majalah di Malaysia: Isu-Isu dan Cabaran. Shah Alam: Karisma Publications.


Monday, June 13, 2011

Dari Novelhut ke Novellar

Di Ipoh, kedai-kedai bukunya memang berlambak. Sama ada di bangunan kedai atau lot-lot dalam pasar raya, buku-bukunya terdiri dari pelbagai kategori dan jenis. Ada pun buku terpakai (second-hand books) yang dijual semula, ia merupakan sesuatu berharga jika kandungannya menarik pembacanya. Buku terpakai kebiasaannya murah dan buku terpakai tidak semestinya terbitan yang lama-lama. Ia boleh jadi buku terbitan terbaru tetapi dijual semula oleh pihak kedua (kedai buku) sebelum dibeli oleh pihak ketiga (pelanggan).

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEivQyzPHYHF-OUreGaC4df0cjezQX8Szdc6YfQD_KYiW-B1SK52rNvklbkuNM3Xy56gggpuA53NF-jRE5YxkV3XxIryde5z1MRB2QdWdeZMhwTE5LEbuIccNA1Sx3_NQioj0723ANfP-yl-/s1600/novelhut1.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh64fBh3-m5lLonxaCmA3pmeg4IuuCc79dIe2B9xpYiNJHXIJa_r9btrJL5sooEx5jfK-y_pMbmVNAwiLQjseO0znX2yCVZGdzRz09ll6-539xdqMfZQIT6kYoQetPeWiyHx5_Fg8efU2Zm/s1600/novelhut.jpg

Bagi kedai-kedai buku terpakai mengikut kajian saya di Ipoh, ia tidak begitu banyak di bandar ini kecuali kedai-kedai buku terpakai Cina di beberapa tempat. Seperti dimaklumi pada pos blog saya yang lepas, Novelhut telah menjadi 'branded' sebagai kedai buku terpakai di Ipoh sejak 1990-an lagi. Pada dua hari yang lalu sahaja, saya memperuntukkan 25 ringgit untuk mendapatkan beberapa buah buku di Novelhut. Antara buku yang saya dapatkan di Novelhut kali ini seperti  Britannica Book of The Year (1989); Arafat: Pengganas atau Pendamai (1990); Kritikan Sastera Moden: Teori dan Pendekatan (1998) dan Men are from Mars, Women are from Venus (1998).

Beberapa hari lepas saya mendapat tahu dari rakan saya, Syihan bahawa terdapat sebuah lagi kedai buku terpakai di Silibin. Namanya Novellar. Maka, Ahad semalam kami memutus ke sana. Di Novellar, pelbagai kategori buku, majalah, novel dan komik boleh didapati di sini. Buku meja kopi juga banyak terdapat di sini. Selain menyaji jualan buku, para pembaca juga boleh menyewa di Novellar dengan menjadi ahli.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhOwrGKV49HYMI1lRvIvKsiIYA4csNSzWi-p7U1DaH_IK8_R2AYmBvOxBs0SnyntXSEj2uWZazoAW7hBhhYvNSk2QgKG8pxi-A2u0UZM-STyIrxbH4nxKWSSOCtbBaO73Zrd5h6My41iXej/s1600/novellar.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj0TCBJZ7hXqSp9Qi2C9603ZvXWRaRZYxvT1-hamdFKEhRFEKUTIw1gMoSgt65uhWho3OuWWO6KhDAiovWTdplC1_2qsIj7DX9q5KcgX7CsashTCluj41TkV_cLxBlolM-TWy7SNXG99uC0/s1600/novellar1.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjckhVO2S4BlITi1nu7YTPceO9P5Ms2n036LjsTOmg3l1ndXjx0MQfVGJ6si_Fvtv2l8MoSD7bB5OtpRhk5cTs-9y5opp5Cxm246Rv4vDwxpIJFnnP1Y4bZFpiVgT9wj5bTJjDQpAfwDwGf/s1600/novellar2.jpg https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhFM8ewiWv9zvIOl6Dx1bdHzyejPrLFqoaEuWP_cmPKwP8kbF9OsWKtVHYRuJOlssxRcfpxq57o0W1fX2MphiMlxu85gb0x3Gl7lsPjUA86bWIb6j08Bzz5PxdAIyuY3QHcMd4eUafidfjR/s1600/novellar3.jpg

Hampir setengah jam di sini membelek-belek buku, akhirnya saya membawa pulang 8 buah buku berjumlah 28 ringgit dengan judul Jurnal IIUM Vol. 10, No. 2 (2002); Afghanistan Under Soviet Domination 1964-83 (1984); The Idea of India (1997); Aung San Suu Kyi: Letters from Burma (1997); Politik Ekonomi Indonesia Baru (2000); Petronas Siberia 2002: Experience the Expedition (2003); Pepatah-Petitih Jilid 1 (1989) dan Pepatah Petitih Jilid 2 (1989)

Bagi pengunjung yang ingin ke Novellar, lokasinya boleh diakses di Taman Alkaff, (di belakang Billion) Silibin, Ipoh pada aras dua.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgoxk3P8jcJurte5P2KqRh1YnZ5r_e5FOv1V5-i8LtkGLcT2uxnVJabvj0W5Lpz2B2Qs0wgyRIzk3o7_nt95bN_B1ix7BbdSkERGPU1VX2UV-l4vGOAlMu5tJZN8zLbOamVddVJ5un8VO5Z/s1600/novellar4.jpg

  © Powered by Blogger Theme ProBlogger, by Ourblogtemplates.com 2008

DAMAI SURIA