Friday, April 22, 2011

Apabila Alam Sudah Mula Berbicara

Petikan dari Terjemah Al Quran 

Surah 75. Al-Qiyamah (سورة القيامة)


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Aku bersumpah dengan hari kiamat; (1) Dan Aku bersumpah dengan "Nafsul Lawwaamah" (bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)! (2) Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)? (3) Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain). (4) (Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga dia tidak mengakui adanya hari kiamat). (5) Dia bertanya (secara mengejek): Bilakah datangnya hari kiamat itu? (6) Maka (jawabnya: Hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut), (7) Dan bulan hilang cahayanya, (8) Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama, (9) (Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): Ke manakah hendak melarikan diri? (10) Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan! (11) Pada hari itu, kepada Tuhanmulah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara. (12) Pada hari itu, manusia diberitahu akan apa yang dia telah lakukan dan apa yang dia telah tinggalkan. (13) Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, (14) Walaupun dia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri). (15) Janganlah engkau (wahai Muhammad) Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu). (16) Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu) dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); (17) Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu; (18) Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan). (19) Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (Kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya. (20) Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya). (21) Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri; (22) Melihat kepada Tuhannya. (23) Dan pada hari itu, muka (orang-orang kafir) muram hodoh, (24) Sambil percaya dengan yakin bahawa mereka akan ditimpa malapetaka (azab seksa) yang membinasakan. (25) Sedarlah (janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati) apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong, (26) Dan (orang-orang yang hadir di sisinya heboh) berkata: Siapakah yang dapat menawar jampi (dan mengubatnya)? (27) Dan dia sendiri yakin, bahawa sesungguhnya saat itu saat perpisahan; (28) Serta kedahsyatan mati pun bertindih-tindih. (29) (Maka) kepada Tuhanmulah pada waktu itu engkau dibawa (untuk menerima balasan). (30) (Oleh sebab orang yang kufur ingkar tidak percayakan hari akhirat) maka dia tidak mengakui kebenaran (yang diwajibkan meyakininya) dan dia tidak mengerjakan sembahyang (yang difardukan mengerjakannya)! (31) Akan tetapi dia mendustakan dan berpaling ingkar! (32) Kemudian dia pergi kepada keluarganya dengan berlagak sombong megah. (33) (Wahai orang yang kufur ingkar!) sudahlah dekat kepadamu kebinasaanmu, sudahlah dekat! (34) Kemudian api Nerakalah lebih layak bagimu, lebih layak. (35) Patutkah manusia menyangka, bahawa dia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)? (36) Bukankah dia berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)? (37) Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)? (38) Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis lelaki dan perempuan. (39) Adakah (Tuhan yang menjadikan semuanya) itu tidak berkuasa menghidupkan orang-orang yang mati? (Tentulah berkuasa!) (40).



Cuaca panas yang menyebabkan kebakaran hutan di Texas, Amerika. April 2011. (Frank Cianciolo/McDonald Observatory)

Puting beliung menimpa North Carolina, Amerika. April, 2011. (AP Photo/The News & Observer, Thomas Babb)

Gempa bumi di bahagian timur laut Myanmar. Mac, 2011. (AP Photo/DVB/ Alinyaung)

Tsunami yang menimpa di timur negara Jepun. Mac, 2011. (Reuters/Mainichi Shimbun)

Banjir besar yang melanda di negeri Johor. Januari, 2011. (Staronline Photo)

Senario luar biasa kedatangan musim salji  tebal melanda Amerika. Disember, 2010. (Andrew Burton/Getty Images)

Letusan volkano Tunguraha, Cordillera Oriental, Ecuador. November, 2010. (Reuters/Carlos Campana)

Letusan Gunung Merapi di Yogyakarta, Jawa, Indonesia. Oktober-Disember, 2010. (Bay Ismoyo/AFP/Getty Images)

Gempa bumi dan tsunami melanda Pulau Pagai, Sumatera Barat, Indonesia. October, 2010. (AP Photo/Achmad Ibrahim)

Letusan volkano Piton de la Fournaise, Pulau Reunion. October, 2010. (Richard Bouhet/AFP/Getty Images)

Kebakaran hutan di Dolginino, Russia. Ogos, 2010. (Artyom Korotayev/AFP/Getty Images)

Kejadian tanah runtuh di wilayah Gansu, China. Ogos, 2010. (STR/AFP/Getty Images)

Hujan monsun yang lebat yang membawa banjir di beberapa daerah di Pakistan. Julai, 2010. (Artyom Korotayev/AFP/Getty Images)

Banjir besar berlaku di Draguignan, Perancis. Jun, 2010. (AP Photo/Lionel Cironneau)

Ribut petir dan taufan di Ohio, Amerika. Jun, 2010. (AP Photo/Paul Sancya)

Puting beliung di Lennox Head, Australia. Jun, 2010. (Ross Tuckerman/AFP/Getty Images)

Letusan volkano Pacaya, Villa Canales, Guatemala. Jun, 2010. (AP Photo/Rodrigo Abd)

Banjir besar di Swiniary, Poland. May, 2010. (Reuters/Peter Andrews)

Banjir menenggelamkan Tennessee, Kentucky dan Mississippi, Amerika. May, 2010. (AP Photo/Mark Humphrey)

Lubang besar yang terbentuk di bandar Guatemala akibat ribut Tropika Agatha. Mei, 2010. (Johan Ordonez/AFP/Getty Images)

Letusan gunung berapi Eyjafjalla, Iceland membawa debu dan asap menutupi ruang udara negara-negara Eropah. April, 2010. (AFP/Getty Images)

Gempa bumi di Yushu, wilayah Qinghai, China. April, 2010. (STR/AFP/Getty Images)

Kemarau di India. Mac, 2010. (AP Photo/Biswaranjan Rout)

Kemarau di China. Mac, 2010. (Ariana Lindquist/Bloomberg)

Gempa bumi yang berlaku di Chile. Februari, 2010. (AP Photo/Natacha Pisarenko)

Tanah runtuh di Kampung Dewata, Pasir Jambu, Jawa Barat. (Bay Ismoyo/AFP/Getty Images)

 Letusan lava dari pergunungan Nyamulagira, Kivu, Congo. Januari, 2010. (AP Photo/Peterne Inga)

 Gempa bumi di Port-au-Prince, Haiti. Januari, 2010. (Rueters/Eduardo Munoz)

 Kejadian tanah runtuh di lembah Hunza, Pakistan. (Inayat Ali (Shimshal)/Pamir Times / CC BY-NC-ND)

 Taufan Marakot melanda negara Filipina, Taiwan dan China. Ogos, 2009. (Sam (Yeh/AFP/Getty Images)

 Taufan Ketsana (Ondoy) melanda negara Vietnam, Kemboja dan Filipina. September, 2009. (Reuters/Kham)

 Gempa bumi di Padang, Sumatera, Indonesia. September, 2009. (AP Photo/Dita Alangkara)

 Fenomena jerebu merah di Australia. September, 2009. (Greg Wood/AFP/Getty Images)

 Kepulan asap memenuhi ruang udara dari kebakaran hutan di Los Angeles, California, Amerika. Ogos, 2009. (Kevork Djansezian/Getty Images)

Kebakaran hutan di Selatan Eropah yang menyebabkan tempiasnya mengenai negara-negara di sekeliling laut Mediterranean seperti Sepanyol, Perancis, Itali dan Greece. Ogos, 2009. (Desiree Martin/AFP/Getty Images)

 Letusan gunung berapi Llaima, Chile. Julai, 2008. (AP Photo/Sernageomin-Onemi)

 Banjir di Iowa, Amerika. Jun, 2008. (AP Photo/Jeff Roberson)

 Debu asap dari gunung berapi Chaiten, Chile. May, 2008. (Reuters/Ivan Alvarado)

Gempa bumi di Beichuan Qiang, Sichuan, China. May, 2008. (Reuters/Stringer (CHINA) )

 Ribut taufan Felix yang melanda Honduras. September, 2007. (NASA)

 Ribut taufan Epsilon di lautan Atlantik. Disember, 2005. (NASA)

Tsunami di Aceh, Indonesia dan melanda di beberapa buah negara di lautan India sehingga mengorbankan ratusan ribu nyawa dari 13 buah negara. Disember, 2004. (Photographer's Mate Third Class (SAR)/Jacob J. Kirk  Polaris)

 Ribut taufan Ivan di lautan Caribbean. September, 2004. (NASA)

Ribut taufan Katarina di selatan Brazil. Mac, 2004. (NASA)

 Ribut taufan Isabel di Puerto Rico. September, 2003. (Jacques Descloitres, MODIS Rapid Response Team, NASA/GSFC)

 Letusan gunung berapi Etna, Sicily. October, 2002. (Image Science and Analysis Laboratory, NASA-Johnson Space Center)




No comments:

  © Powered by Blogger Theme ProBlogger, by Ourblogtemplates.com 2008

DAMAI SURIA