Friday, April 15, 2011
Budaya Hiburan Semakin Mengasyikkan
Program yang berunsur hiburan semakin mudah tumbuh di sebalik nama. Program yang dianjurkan oleh pihak kerajaan, media, syarikat telekomunikasi, pasar raya dan penaja jenama popular relatifnya seolah-olah kehabisan idea jika tidak diselitkan hiburan. Kekadang hiburan itu nampak berat sehingga menenggelamkan definisi atau misi suatu program yang dianjurkan. Kekadang hiburan itu nampak begitu mengasyikkan dan melalaikan sehingga seharian suntuk waktu penuh dengan acara hiburan.
Secara fitrah, memang benar naluri manusia sukakan hiburan. Hiburan bagi mereka suatu bentuk santai, rehat dan menenangkan. Tetapi jika hiburan nampak lebih menyerlah daripada tujuan utama sesebuah program yang diadakan maka konsep organisasi tersebut telah lari dan program yang dianjurkan menjadikan ia semata-mata hiburan. Apakan terjadi jika budaya berhibur menjadi 'trademark' dalam sosial masyarakat kita. Seandainya budaya berhibur tumbuh subur dalam generasi hari ini, maka kelak kita khuatir generasi hari ini akan lesu fikrah dan pertimbangannya serta lemah dalam merencana jati diri dan bekalan ilmu.
Jika selalu sahaja berhibur bagaimana mengangkasa martabat agama? Jika selalu sahaja berhibur, bagaimana mengangkat citra bangsa? Jika selalu sahaja berhibur bagaimana melahirkan modal insan yang berjaya? Jika selalu sahaja berhibur, bagaimana mengembeleng pertahanan negara? Jika selalu sahaja berhibur bagaimana memacu ekonomi negara. Jika selalu berhibur bagaimana mampu menjaga tanah air tercinta?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Assalamualaikum....
yang saya duk fikir2... kita2 yang suka sangat berhibur ni lahir dari acuan mak bapak yang suka berhibur dulu-dulu...
macam mana pula rupa anak bangsa kita yang bakal lahir kelak...yang lahir dari acuan kita yang suka benar berhibur dgn keterlaluan ni..Allahualam la...
PS: pelik...kenapa poco2 aje yang diharamkan. Sepatutnya AF, mentor...semua rancangan hiburan yang berada kat tv sekarang patutnya diharamkan juga kerana memang terang-terangan ianya adalah haram.
Waalaikumussalam.
Terima kasih atas komen Afida. Lambakan hiburan di negara amat mencemaskan. Program hiburan di sana-sini bukan hanya sekadar membuat teguran.
Ia perlu dikuatkuasa sama sekali supaya virus ini tidak bermaharajela sewenang-wenangnya. Malang sekali bangsa Melayu menjadi juara hiburan.
Post a Comment