Dalam kehidupan, terdapat suatu masa yang dilalui oleh kita yang dipanggil MASA MENUNGGU. Masa menunggu merupakan masa sementara sebelum sampainya waktu mula bagi kita mempraktikkan program dan aktiviti sebenar kita. Contoh waktu menunggu adalah seperti masa menunggu bas datang untuk ke tempat kerja, ketika menanti rakan sampai, waktu rehat di tempat kerja, sebelum bermulanya waktu sekolah dan sebagainya. Waktu menunggu boleh jadi panjang mahu pun pendek. Ia merupakan detik-detik yang tidak pernah lari untuk dihadapi oleh setiap insan di planet bumi.
Apakah waktu menunggu saudara? Bagaimana saudara menggunakan waktu menunggu? Membiarkan masa menunggu dengan perkara yang tidak berfaedah seperti malas dan tidur, berborak kosong, merokok dan berkhayal seorang diri adalah suatu kerugian masa. Sedar tidak sedar masa yang berlalu mempunyai nilainya tersendiri. Masa-masa ini sebenarnya boleh dimanfaat dengan perkara ilmiah seperti memenuhi masa tersebut dengan bahan bacaan.
Bagaimana caranya? Kita boleh membaca suratkhabar, buku atau novel sementara waktu menunggu. Sementara dalam keretapi menuju destinasi umpamanya, kita boleh buka dan mulakan pembacaan. Dalam beberapa minit banyak helaian yang boleh dihabiskan. Dalam setiap helaian membawa pengetahuan dan setiap pengetahuan membawa ilmu baru kepada kita.
Kemajuan inovasi dan teknologi hari ini juga membolehkan kita membaca dari komputer riba, telefon, alat peranti dan dari gajet pelbagai. Ini bermakna teknologi bukan sahaja sebagai media hiburan tetapi sesuatu yang boleh dihargai untuk sumber keilmiahan.
Tatkala saudara keluar rumah, saudara boleh mengingatkan diri saudara dengan menyertakan buku dalam beg tangan, majalah dalam poket kereta, jurnal dalam beg sandang malah novel ketika berkembara. Bukankah saudara melalui masa kehidupan dengan kehebatan ilmu. Masa dan ilmu sesuatu yang tidak dapat dipisahkan. Di bawah merupakan contoh masa menunggu yang dilalui oleh individu dan kumpulan individu dalam kehidupan di mana waktu ini boleh dimanfaatkan dengan bacaan.
ketika menunggu kawan tiba
ketika menunggu bas, teksi dan kenderaan awam
ketika dalam bas, teksi, LRT, MRT, keretapi untuk ke destinasi
ketika menunggu kenderaan siap di bengkel
ketika menunggu pakaian siap dibasuh / didobikan
ketika menunggu ketibaan penerbangan
ketika menunggu hujan reda di luar
ketika waktu rehat di sekolah, kolej, IPT dan pejabat
ketika menunggu untuk temujanji
ketika menunggu waktu ditemuduga
ketika menunggu angka giliran di kaunter perkhidmatan awam
ketika menunggu anak balik di luar sekolah
ketika menunggu kedai / pejabat dibuka
ketika menunggu untuk bergunting rambut
ketika waktu memancing
ketika musim bercuti / berkembara
sementara menunggu pesanan sampai
sementara menunggu masuknya waktu sembahyang
sementara menunggu waktu berbuka puasa
sementara menunggu keluarga membeli-belah
sementara menunggu kedatangan pelanggan di kedai
sementara menunggu suatu pertandingan / perlawanan dimulakan
sementara menanti suatu keputusan dikeluarkan
sementara menanti makanan masak di dapur
sementara menanti kesihatan pulih sediakala di wad
antara masa-masa berkawal sebagai pengawal
antara masa-masa santai bersama keluarga dan rakan
antara waktu kerehatan di kebun / ladang
sebelum bermula waktu sekolah
sebelum masuk waktu tidur
"Selamat Membaca Anda"
2 comments:
Damaisuria, kalau guna telefon, komputer riba, atau apa2 gajet bacaan, tak boleh rasa feel time baca. Nak kena buku jugak!..he he
Memegang buku untuk baca juga lebih seronok bagi seseorang daripada membaca melalui skrin pada peranti. Cuba lihat Amazon Kindle vs. Paper books: Which is better? di
http://communities.canada.com/vancouversun/blogs/parenting/archive/2010/11/15/kindle-vs-paper-books.aspx
Post a Comment