Judul : From Cat Stevens to Yusuf Islam
Penulis : Hermawan Aksan
Penerbit : Telaga Biru
Penerbit Asal : Mizania (Indonesia, 2008)
Tahun Terbitan : 2010
Halaman : 145
ISBN : 978-697-388-001-0
Genre : biografi, inspirasi, seni, Islam
"Ketika saya membaca Al-Quran lebih jauh lagi, Al-Quran berbicara soal solat, sedekah dan perbuatan baik. Saya belum menjadi seorang Muslim saat itu, tapi saya berasa Al-Quran adalah jawapan buat saya dan Allah SWT telah mengirimkannya kepada saya"- Yusuf Islam
Sesungguhnya hidayah itu milikNya. Tuhan itu sayangkan hambaNya. Allah memberi petunjuk kepada insan seni yang bernama Cat Stevens lalu terciptalah dalam diari hidup barunya, Cat Stevens menjadi Islam sebagai addin untuk diri dan keluarganya. Tersohor sebagai penyanyi barat yang mempunyai ramai peminat, sebenarnya insan ini hanyalah kerdil, tidak mempunyai prinsip dan kekadang terumbang-ambing dalam memaknai kehidupannya.
Apabila episod beliau yang pada suatu hari yang mandi di pantai laut di Malibu, ia merupakan saat cemas yang terus menjadi ingatan apabila beliau hampir saja lemas dibawa arus laut. "Oh Tuhan, jika Engkau menyelamatkan saya, saya akan bekerja untukMu!", pinta Cat Stevens. Saat itu seperti satu gelombang datang dari belakang dan dengan berbekal kekuatan kudrat beliau maju ke tepi pantai. Alhamdulillah, dari peristiwa itu, ia menggugah semangat baru untuk menilai dirinya, memulakan kehidupan baru dengan agama baru yang bernama Islam sebagai penyelamat duniawi dan ukhrawi. Tanggal hari Jumaat di musim dingin 1977, beliau mengucapkan dua kalimah syahadah menyatakan keimanan kepada Tuhan yang esa.
Dari nama Cat Steven kepada nama Yusuf Islam, kemunculannya sebagai khalifah di muka bumi, peranannya diteruskan bagi menjadikan dunia ini lebih baik baginya. Beliau menubuhkan Islamia Primary School iaitu sekolah rendah Islam yang pertama seumpamanya di England, mewujudkan institusi Small Kindness untuk membela anak-anak yatim dan kanak-kanak yang tidak terbela. Usahanya dalam kerja amal dipancarkan di peringkat global apabila beliau turut serta dalam membantu muslim di Afrika, umat Islam di Bosnia dan rentetan dari bencana tsunami yang melanda Aceh pada tahun 2004.
Beliau tidak terus meninggal dunia muzik, tetapi seni muzik beliau berubah kepada sesuatu yang indah apabila lagu-lagunya diperdengarkan dengan tema-tema keislaman, kedamaian dan kebebasan. Jika di waktu senggang, beliau akan menulis buku, mengelolakan sekolah dan menggalang dana untuk kemanusiaan.
Yusuf Islam ketika membuat persembahan di Royal Albert Hall, London pada 8 Disember 2009. Di tahun 1970an, album lagunya terjual dalam 60 juta unit. Menerusi album-albumnya, royalti yang diterimanya banyak disumbangkan ke arah kebajikan.
Beliau bergabung dengan pertubuhan UNCHR untuk membantu Aceh selepas tsunami melanda wilayah itu pada tahun 2004.
Cat Steven di awal zaman mudanya. Lagu-lagu seperti "Morning has Broken", "Father and Son" dan "Peace Train" menjadi megahit di masa tersebut.
Yusuf Islam hari ini terus berdakwah melalui lagu
dan kerja-kerja amalnya.
Lagu Peace Train
Now I've been smiling lately,
thinking about the good things to come
And I believe it could be,
something good has begun
Oh I've been smiling lately,
dreaming about the world as one
And I believe it could be,
some day it's going to come
Cause out on the edge of darkness,
there rides a peace train
Oh peace train take this country,
come take me home again
Now I've been happy lately,
thinking about the good things to come
And I believe it could be,
something good has begun
Oh peace train sounding louder
Glide on the peace train
Come on now peace train
Yes, peace train holy roller
Everyone jump upon the peace train
Come on now peace train
Get your bags together,
go bring your good friends too
Cause it's getting nearer,
it soon will be with you
Now come and join the living,
it's not so far from you
And it's getting nearer,
soon it will all be true
Oh peace train sounding louder
Glide on the peace train
Come on now peace train
peace train
Now I've been crying lately,
thinking about the world as it is
Why must we go on hating,
why can't we live in bliss
Cause out on the edge of darkness,
there rides a peace train
Oh peace train take this country,
come take me home again.
Oh peace train sounding louder
Glide on the peace train
Come on now peace train
Yes, peace train holy roller
Everyone jump upon the peace train
Come on, come on, come on,
come on now peace train
This is the peace train
come on now peace train, peace train
- Cat Steven a.k.a Yusuf Islam
2 comments:
Salam eidulfitri buat damaisuria sekeluarga. Maaf Zahir batin andai ada tersilap kata dan bahasa. Taqabbalallahuminna wa minnkum...
Oh, tidak pula saya tau asbab awal yusuf islam memeluk islam adalah kerana beliau hampir lemas. Alhamdulillah, Allah memberi hidayah kepada beliau.
Minna wa minkum taqabbal ya kareem. Salam Hari Raya 'Idilfitri mulia kepada Afida sekeluarga.
Mengenai Yusuf Islam, terdapat kisah di mana saudara kandungnya walaupun bukan muslim pernah menghadiahkan sebuah mushaf Al Quran kepada Cat Stevens. Saudara kandung ini merasakan ada sesuatu yang boleh diketemui oleh Cat Stevens dalam ajaran Al Quran ini. Cat Stevens cuba mencari kesalahan dan kesilapan terhadap Al Quran, namun tidak menemukannya. Lanjutan dari itu dia akhirnya merasa sesuatu yang aman bersama Al Quran dan mula mengenal apa itu erti Islam, suatu agama lengkap mencakupi kehidupan.
Post a Comment