Ahad tengahari, kami (saya dan abang) memulakan perjalanan ke Amcorp Mall yang terletak di Petaling Jaya dengan tren. Perjalanan ke Amcorp Mall dari rumah abang saya di Ampang memerlukan kami menukarkan tren LRT STAR di Masjid Jamek dengan LRT Putra ke Stesen Taman Jaya.




Sebenarnya, ini kali pertama saya ke kedai buku BookXcess. Malu rasanya, sepanjang menjadi kaki buku, ini julung kalinya saya berpeluang melangkah masuk ke BookXcess. Sebelum ini saya hanya menelusuri buku-bukunya menerusi internet dan melalui abang saya. BookXcess adalah sebuah kedai buku yang menjual senarai buku-buku bestseller, buku audio, buku meja kopi, buku manual bantu diri, novel, majalah termasuk bahan bacaan untuk kanak-kanak. Ia sinonim sebagai kedai buku popular di ibu kota kerana buku-bukunya diletakkan pada harga yang rendah setiap masa. Dimiliki oleh pasangan suami isteri, En. Andrew dan Pn. Jacquline, buku-buku yang ditawarkan adalah dalam bahasa Inggeris.
Ada sesuatu yang istimewa setiap tahun, apabila BookXcess turut menganjurkan acara buku secara besar-besaran yang dikenali Big Bad Wolf Sale. Big Bad Wolf suatu fenomena di mana potongan yang melampau-lampau diadakan buat peminat buku di luar sana. Sindrom kegilaan terhadap buku ini bakal muncul apabila Big Bad Wolf akan berpesta sebulan lagi di MAEPS, Serdang pada 7-14 Oktober 2011.
Di BookXcess tadi, saya telah dapatkan The Adventure of English (Melvyn Bragg, 2003) : RM19.90; Wikinomics: How Mass Collaboration Changes Everything (Don Tapscott & Anthony D. Williams, 2010) : RM17.90 ; Teach Yourself Political Philosophy (Mel Thompson, 2008) : RM14.90 dan Teach Yourself Humanism (Mark Vernon, 2008) : RM14.90.
2 comments:
Ya Allah..harga tu memang melampau2... sayangnya, walaupun saya bermastautin di sini, tapi saya tak berpeluang pun lagi nak berkunjung ke BookExcess tu. Asyik pi MPH alamandaaaa jee... isk..
Kalau begitu, jom singgah nanti kat Big Bad Wolf Sale di MAEPS, Serdang :)
Post a Comment